Syurga Allah

cinta allah

"Sengketa dan dusta boleh menghilangkan segala iman yang kita miliki. Iman mampu mencorakkan keperibadian seseorang muslim agar menjadi seorang yang amat dicintai oleh penduduk di langit. Harga sebuah iman didatangi oleh hati yang suci.~"

assalamualaikum


Bismillah~


JODOH ITU RAHSIA ALLAH ^ ^~

asma ul-husna


Sabar Itu indah~

Nikmat itu milik Allah

Cinta itu amanah

akhlak yang jernih

Itulah permata jannah

Tuesday, 25 September 2012

Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian Dalam Memilih Jodoh Atau Pasangan

Terdapat beberapa perkara yang dapat mententeramkan kehidupan yang perlu diperhatikan dan yang ada hubungannya dengan persoalan wanita. Hal ini bertujuan agar ikatan perkahwinan itu kekal selama-lamanya. Tujuan kehidupan dapat disempurnakan melalui lapan tersebut, iaitu:

- AGAMA -


: : Hendaklah seorang wanita itu seorang yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Hal ini merupakan asas yang utama dan inilah yang mesti diperhatikan dan diteliti. Apabila seseorang wanita itu lemah agamanya, dan tidak menjaga harga diri, maka sudah tentu wanita itu akan memberi kesan yang sangat buruk untuk keturunan yang akan dibina kelak. Hatinya akan mudah tergoda dengan perasaan cemburu dan dengan demikian semakin himpitlah kehidupan yang bakal dihadapinya.

Firman Allah SWT,

يَأيها الذين ءامنواقوا أنفسكم وأهليكم ناَرًا

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu daripada api neraka." (at-Tahrim : 6)

- BUDI PEKERTI -


: : Carilah wanita yang berbudi pekerti kerana wanita yang berakhlak mulia datangnya daripada sebuah hati yang bersih. Wanita yang sebegini amatlah cantik dan indah dipandang suami. Malah, bukan saja indah dimata suami, wanita juga turut cantik dihadapan Allah swt. Isteri yang solehah mampu menjadikan rumahtangga penuh dengan didikan agama.

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud,

"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah engkau memilih agamanya, nescaya selamatlah kedua-dua tanganmu." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

- KECANTIKAN -


: : Ini tidaklah wajib sangat dalam mencari pasangan. Cuma, seseorang yang ingin mencari teman hidupnya, mesti menginginkan rupa pasangannya itu seorang yang cantik. Hal ini memang diperlukan, demi menenangkan hati suami sehingga terhindar daripada segala yang kurang baik. Namun begitu, sekiranya luaran saja mempunyai rupa paras yang cantik tetapi dalamannya mempunyai kealpaan kepada Allah, itu sama saja tiada nilainya jika dibandingkan dengan hati yang penuh dengan jiwa keagamaan.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,

"Hendaklah melihat wajah wanita itu, Sebab yang sedemikian dapat menyebabkan timbulnya kerukunan antara kedua-dua suami isteri." (Hadis Riwayat Ibn Majah, Tirmidzi dan Nasa'i)

- MERINGANKAN MAS KAHWIN(MAHAR) NYA-


: : Hendaklah diringankan mahar atau mas kahwinnya. Rasulullah saw sendiri melarang membebankan dalam soal mas kahwin. Sebahagian sahabat ada yang berkahwin dengan memberikan mas kahwin sebutir emas yang harganya ditaksirkan hanya dua dirham sahaja. Sa'id bin Musayaab mengahwinkan puterinya dengan Abu Hurairah r.a. dengan mas kahwin dua dirham sahaja.

Firman Allah swt,

وَلاَ تَمْنُن تَسْتَكْثِرٌ

Maksudnya : "Dan janganlah engkau memberi (sesuatu dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya." (Al-Mudarsir :6)

- SUBUR- (TIDAK MANDUL)


: : Hendaklah wanita itu boleh melahirkan zuriat yang ramai. Oleh itu, sekiranya seseorang lelaki itu mengetahui bahawa bakal isterinya itu adalah seorang yang mandul, sebaik-baiknya batalkan saja niat untuk mengahwini seorang wanita yang tidak boleh melahirkan zuriat. Bukankah sebuah perkahwinan memerlukan seorang anak?

- GADIS -


: : Hendaklah wanita itu anak dara bukannya janda. Dalam perkara ini Rasulullah saw pernah bersabda kepada sahabatnya Jabir r.a. kerana Jabir r.a. mengahwini seorang wanita janda,

Maksudnya, " Alangkah baiknya kalau isterimu itu seorang anak dara yang engkau dapat bermain-main dengannya dan ia dapat bermain-main denganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

- KETURUNAN YANG BAIK -



: : Seorang wanita itu haruslah daripada golongan dan keturunan yang baik-baik. Hal ini dimaksudkan dengan daripada ayah dan ibu yang baik atau hidup dalam kuat pada pegangan agamanya serta selalu melakukan kebaikan. Wanita yang sedemikian akan dapat mendidik serta mengasuh puteri-puterinya dengan adab sopan yang terpuji.

~SEMOGA KITA DAPAT MENCARI PASANGAN YANG DIREDHAI ALLAH DAN DIRESTUI ORANG TUA~

-IDEA DARIPADA SEORANG INSAN YANG SUKA BERPENA-