Syurga Allah

cinta allah

"Sengketa dan dusta boleh menghilangkan segala iman yang kita miliki. Iman mampu mencorakkan keperibadian seseorang muslim agar menjadi seorang yang amat dicintai oleh penduduk di langit. Harga sebuah iman didatangi oleh hati yang suci.~"

assalamualaikum


Bismillah~


JODOH ITU RAHSIA ALLAH ^ ^~

asma ul-husna


Sabar Itu indah~

Nikmat itu milik Allah

Cinta itu amanah

akhlak yang jernih

Itulah permata jannah

Tuesday, 25 September 2012

Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian Dalam Memilih Jodoh Atau Pasangan

Terdapat beberapa perkara yang dapat mententeramkan kehidupan yang perlu diperhatikan dan yang ada hubungannya dengan persoalan wanita. Hal ini bertujuan agar ikatan perkahwinan itu kekal selama-lamanya. Tujuan kehidupan dapat disempurnakan melalui lapan tersebut, iaitu:

- AGAMA -


: : Hendaklah seorang wanita itu seorang yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Hal ini merupakan asas yang utama dan inilah yang mesti diperhatikan dan diteliti. Apabila seseorang wanita itu lemah agamanya, dan tidak menjaga harga diri, maka sudah tentu wanita itu akan memberi kesan yang sangat buruk untuk keturunan yang akan dibina kelak. Hatinya akan mudah tergoda dengan perasaan cemburu dan dengan demikian semakin himpitlah kehidupan yang bakal dihadapinya.

Firman Allah SWT,

يَأيها الذين ءامنواقوا أنفسكم وأهليكم ناَرًا

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu daripada api neraka." (at-Tahrim : 6)

- BUDI PEKERTI -


: : Carilah wanita yang berbudi pekerti kerana wanita yang berakhlak mulia datangnya daripada sebuah hati yang bersih. Wanita yang sebegini amatlah cantik dan indah dipandang suami. Malah, bukan saja indah dimata suami, wanita juga turut cantik dihadapan Allah swt. Isteri yang solehah mampu menjadikan rumahtangga penuh dengan didikan agama.

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud,

"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah engkau memilih agamanya, nescaya selamatlah kedua-dua tanganmu." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

- KECANTIKAN -


: : Ini tidaklah wajib sangat dalam mencari pasangan. Cuma, seseorang yang ingin mencari teman hidupnya, mesti menginginkan rupa pasangannya itu seorang yang cantik. Hal ini memang diperlukan, demi menenangkan hati suami sehingga terhindar daripada segala yang kurang baik. Namun begitu, sekiranya luaran saja mempunyai rupa paras yang cantik tetapi dalamannya mempunyai kealpaan kepada Allah, itu sama saja tiada nilainya jika dibandingkan dengan hati yang penuh dengan jiwa keagamaan.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,

"Hendaklah melihat wajah wanita itu, Sebab yang sedemikian dapat menyebabkan timbulnya kerukunan antara kedua-dua suami isteri." (Hadis Riwayat Ibn Majah, Tirmidzi dan Nasa'i)

- MERINGANKAN MAS KAHWIN(MAHAR) NYA-


: : Hendaklah diringankan mahar atau mas kahwinnya. Rasulullah saw sendiri melarang membebankan dalam soal mas kahwin. Sebahagian sahabat ada yang berkahwin dengan memberikan mas kahwin sebutir emas yang harganya ditaksirkan hanya dua dirham sahaja. Sa'id bin Musayaab mengahwinkan puterinya dengan Abu Hurairah r.a. dengan mas kahwin dua dirham sahaja.

Firman Allah swt,

وَلاَ تَمْنُن تَسْتَكْثِرٌ

Maksudnya : "Dan janganlah engkau memberi (sesuatu dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya." (Al-Mudarsir :6)

- SUBUR- (TIDAK MANDUL)


: : Hendaklah wanita itu boleh melahirkan zuriat yang ramai. Oleh itu, sekiranya seseorang lelaki itu mengetahui bahawa bakal isterinya itu adalah seorang yang mandul, sebaik-baiknya batalkan saja niat untuk mengahwini seorang wanita yang tidak boleh melahirkan zuriat. Bukankah sebuah perkahwinan memerlukan seorang anak?

- GADIS -


: : Hendaklah wanita itu anak dara bukannya janda. Dalam perkara ini Rasulullah saw pernah bersabda kepada sahabatnya Jabir r.a. kerana Jabir r.a. mengahwini seorang wanita janda,

Maksudnya, " Alangkah baiknya kalau isterimu itu seorang anak dara yang engkau dapat bermain-main dengannya dan ia dapat bermain-main denganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

- KETURUNAN YANG BAIK -



: : Seorang wanita itu haruslah daripada golongan dan keturunan yang baik-baik. Hal ini dimaksudkan dengan daripada ayah dan ibu yang baik atau hidup dalam kuat pada pegangan agamanya serta selalu melakukan kebaikan. Wanita yang sedemikian akan dapat mendidik serta mengasuh puteri-puterinya dengan adab sopan yang terpuji.

~SEMOGA KITA DAPAT MENCARI PASANGAN YANG DIREDHAI ALLAH DAN DIRESTUI ORANG TUA~

-IDEA DARIPADA SEORANG INSAN YANG SUKA BERPENA-

Monday, 11 June 2012

Jadilah muslim yang hebat!

Bismillahirrohman nirrohim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..







Tajuk artikel untuk hari ni amatlah 'simple', even 'simple' sekalipun, kita haruslah meyakinkan diri ini agar kita boleh menjadi muslim yang hebat.. Ingat! Kita sebagai insan akhir zaman sepatutnya bersyukur, kerana baginda Rasulullah saw sudah bersabda, 



« كُلُّ أُمَّتِى يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ ، إِلاَّ مَنْ أَبَى »

ertinya:"setiap umatku pasti masuk surga kecuali yang enggan."


Apakah yang dimaksudkan dengan yang 'taat' dan 'enggan' ?


Maka dijawabnya Rasulullah SAW yang bersabda,

« مَنْ أَطَاعَنِى دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ عَصَانِى فَقَدْ أَبَى »

ertinya:"Siapa yang taat kepadaku maka dia masuk surga dan siapa yang menyelisihiku maka dialah yang enggan (masuk surga)."

Untuk menjadi muslim yang hebat dan cantik disisi Allah, kita perlu mengikut segala apa yang Dia suruh.. Solat lima waktu, melakukan amal jariah dan perkara2 yang lain yang boleh Allah terima sebagai ibadah.. Setelah cinta Allah sudah kita paut..Maka tidak ada keraguan lagi untuk kita bersinggah ke mahligai indah-Nya.. Hati bebas riak,hati bebas ujub, hati bebas bongkak, hati bebas angkuh akan membuat diri kita akan sentiasa berasa selalu dicintai dan dikasihi oleh Allah swt..


Maka,jadikan iman dan taqwa itu sebahagian drpd hidup kita.Jangan biar ia lemah,kerana saat iman kita lemah, amat sukar untuk diubati..


Be a great muslims!!~ Dakwah its Sunnah <3


~wallahua'lam..


-idea penuh drpd seorang hamba Allah yang suka berpena-



Sunday, 27 May 2012

~Zikir-Zikir Cinta Allah~ ^_^



"Astaghfirullah robbal baraaya...Astaghfirullah minal khotooyaa..."

Bergema kedengaran suara sayup seorang insan yang tidak terhenti-henti memohon keampunan daripada Tuhan yang Maha Pencipta. Tidak lupa juga dengan tasbih-tasbih zikrullah.. Syahdu terasa berlinangkan air mata. Dosanya terasa tinggi menggunung. Namun harapannya agar diterima taubat daripada-Mu, amatlah tinggi pengharapannya. Kerana dia tahu bahwa cinta yang paling teragung sekali hanyalah CintaMu Robbi...

'Bersabarlah, pada setiap kali kau mengalunkan zikir-zikir-Nya. Kerana, sesungguhnya Dia ada bersama denganmu pada saat ketika kau menyebut nama-nama terindah-Nya..'

~Keperluan zikir-zikir bagi setiap insan yang bergelar muslim amatlah diwajibkan kerana ia merupakan satu amalan yang selalu diamalkan oleh Rasulullah SAW sendiri. 

Allah s.w.t. memuji Nabi Ibrahim a.s. yang bermaksud : "Ssesungguhnya Ibrahim seorang yang sabar, selalu mengingati dosa dan kesalahan dirinya dan bertaubat."

 Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Maka sabarlah sebagaimana kesabaran orang-orang yang bersemangat besar dari para rasul sebelummu."

 Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. - kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4832


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Nabi saw. bersabda: Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk surga. Sesungguhnya Allah itu ganjil dan Dia menyukai yang ganjil.  - kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4835
 

Hadis riwayat Anas ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Apabila seorang di antara kamu berdoa maka hendaklah dia berteguh hati dalam berdoa serta jangan pula dia berdoa dengan mengucapkan: Ya Allah! Jika Engkau sudi maka berilah aku. Sesungguhnya Allah tidak ada yang memaksanya. -  kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4837










Hadirkanlah rasa cinta itu dengan zikir-zikir cinta untuk bertemu dengan-Nya agar Dia dapat mengetahui penghargaan kita untuk-Nya.Jika Allah selalu buat sesuatu yang special untuk diri kita, jadi apa salahnya jika kita juga ingin buat sesuatu yang istimewa untuk-Nya agar Dia selalu meredhai hidup kita sepanjang masa.

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah akan menyukai pertemuan dengannya. Dan barang siapa yang tidak menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah tidak akan menyukai pertemuan dengannya. Aku bertanya: Wahai baginda, bagaimana dengan kebencian terhadap kematian karena semua kita membenci kematian? Beliau menjawab: Bukan begitu, tetapi seorang mukmin apabila diberi kabar gembira dengan rahmat Allah, keridaan dan surga-Nya, maka dia akan senang bertemu dengan Allah dan Allah akan senang bertemu dengannya. Dan sesungguhnya orang kafir apabila diberitahukan tentang siksaan serta kemurkaan Allah, maka dia akan membenci pertemuan dengan Allah sehingga Allah pun akan membenci pertemuan dengannya. - kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4845


~wallahua'lam~

-idea penuh drpd seorang hamba Allah yang suka berpena-


Friday, 25 May 2012

Khabar Cinta Dari Syurga (iluvislam) ~ ^ ^



- Cinta yang hakiki, iaitu cinta yang membawa kita ke syurga bermula dengan cinta kepada Allah. Dari sinilah terbitnya cinta kepada orang lain seperti cinta kepada ibu bapa, suami, anak-anak dan sahabat.

- Cinta yang membawa ke syurga antara lelaki dan wanita ialah apabila pasangan lelaki dan wanita ini mencintai satu sama lain semata-mata kerana Allah. Ini bermakna, mendirikan rumahtangga dengan niat untuk mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. yang amat digalakkan oleh Islam.

Dalam surah An-Nur Allah telah berfirman yang bermaksud,

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." - [SURAH AN-NUR 24: AYAT 26]



Meraih cinta yang halal lagi suci amat disukai oleh Allah swt. Kerana selain mendapat kebahagiaan rumahtangga, kita juga dapat membawa cinta itu sampai ke syurga..~

Allah berfirman lagi yang bermaksud,

"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." [SURAH AN-NUR 24:AYAT 30]

Bukan wanita saja yang mendapat peringatan daripada Allah. Untuk kaum Adam juga ada. Seperti petikan ayat di atas didalam al-Quran. Untuk menghasilkan cinta yang halal amat sukar bagi yang belum bersedia untuk bernikah. Kerana apabila konteks fenomena itu berlaku tanpa ada sebarang ikatan yang halal, muncullah satu lagi makhluk yang selalu ingin mendatangkan maksiat dalam golongan insan seperti kita. Siapa lagi kalau bukan 'SYAITAN'? Jika 'SYAITAN' kerap berada di samping kita, ironinya, amatlah mudah untuk kita terjerumus ke lembah penzinaan.

 Firman Allah SWT, "Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan." - [SURAH AL-ISRA' : 32]


Mengenai persoalan antara urusan laki-laki dan perempuan, bukankah Allah sudah mensyaratkan supaya sentiasa menjaga batas-batas pergaulan??

Perlukah jika sesuatu pertemuan kita hanya ingin berkata,

"Dah makan?"

"Tengah buat pe?"

"Malam ni tido kul bpe?"

Hal-hal sedemikian bukanlah satu urusan. Malah, ia akan menambahkan lagi maksiat antara laki-laki dan wanita.

Sabda Rasulullah SAW, 

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:  "Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. - [Hadis riwayat al-lmam Muslim]


Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun.

Rasulullah SAW mengingatkan:

"Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli."
 [Riwayat Ahmad]



Oleh itu, marilah kita sama-sama membina akhlak yang mulia dalam mengejar cinta yang selayaknya perlu kita ada. Itulah cinta Allah s.w.t

~Wallahua'lam~

-idea penuh drpd seorang hamba Allah yang suka berpena-




Nabi Muhammad... Itulah Idolaku~




Allah,
sekiranya ana dapat bertemu dengan kekasih teragung-Mu,
inginku menyuruhnya untuk mengajar erti kehidupan..
agar ana bisa melalui dugaan yang penuh pancaroba ini...

Wahai kekasih Allah,
Ana amat kagum kepadamu,
Bagaimanakah engkau bisa melalui cobaan yang telah
Allah turunkan kepadamu??
Ana selalu berilusif untuk menjadi sepertimu....
Namun itu tidak akan pernah mungkin terjadi...
Kerna, ana tidak layak jika dibandingkan denganmu
Wahai Rasulullah Habibullah.....

Sempurnanya dirimu,
itulah yang membuatkan diri ana semakin rindu kepada mu,
dakwahmu itu,
sudah lama tersebar di seluruh muka bumi Allah Ar-Razak,
Cintamu itu,
semakin tersemat dijiwa umat-umatmu yang bertaqwa.....

Wahai kekasih Allah yang memberi syafaat,
Tiada yang lebih layak untuk mengambil tempatmu,
kerana engkaulah NABI MUHAMMAD Rasul Terakhir umat islam~


-idea penuh drpd seorang hamba Allah yang suka berpena-



Salam Mahabbah ana untuk akhwan2 ^^

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh






Ya Allah, dengan berkatMu,
Akhirnya ana bisa membuat blog ini khas untuk dia...
Semoga dia selalu Engkau merahmatinya...
amin...


Wahai insan yang diredhai Allah,
Pastikan kau menggenggam cinta-Nya
sebelum kau ingin menggenggam cinta manusia..
Dakwah itu kita menyebarkan cinta-Nya kepada yang lain,
agar kita boleh berkongsi cinta-Nya untuk kita semua..~


-idea drpd seorang hamba Allah yang suka berpena-