Syurga Allah

cinta allah

"Sengketa dan dusta boleh menghilangkan segala iman yang kita miliki. Iman mampu mencorakkan keperibadian seseorang muslim agar menjadi seorang yang amat dicintai oleh penduduk di langit. Harga sebuah iman didatangi oleh hati yang suci.~"

assalamualaikum


Bismillah~


JODOH ITU RAHSIA ALLAH ^ ^~

asma ul-husna


Sabar Itu indah~

Nikmat itu milik Allah

Cinta itu amanah

akhlak yang jernih

Itulah permata jannah

Friday 25 May 2012

Khabar Cinta Dari Syurga (iluvislam) ~ ^ ^



- Cinta yang hakiki, iaitu cinta yang membawa kita ke syurga bermula dengan cinta kepada Allah. Dari sinilah terbitnya cinta kepada orang lain seperti cinta kepada ibu bapa, suami, anak-anak dan sahabat.

- Cinta yang membawa ke syurga antara lelaki dan wanita ialah apabila pasangan lelaki dan wanita ini mencintai satu sama lain semata-mata kerana Allah. Ini bermakna, mendirikan rumahtangga dengan niat untuk mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. yang amat digalakkan oleh Islam.

Dalam surah An-Nur Allah telah berfirman yang bermaksud,

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." - [SURAH AN-NUR 24: AYAT 26]



Meraih cinta yang halal lagi suci amat disukai oleh Allah swt. Kerana selain mendapat kebahagiaan rumahtangga, kita juga dapat membawa cinta itu sampai ke syurga..~

Allah berfirman lagi yang bermaksud,

"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." [SURAH AN-NUR 24:AYAT 30]

Bukan wanita saja yang mendapat peringatan daripada Allah. Untuk kaum Adam juga ada. Seperti petikan ayat di atas didalam al-Quran. Untuk menghasilkan cinta yang halal amat sukar bagi yang belum bersedia untuk bernikah. Kerana apabila konteks fenomena itu berlaku tanpa ada sebarang ikatan yang halal, muncullah satu lagi makhluk yang selalu ingin mendatangkan maksiat dalam golongan insan seperti kita. Siapa lagi kalau bukan 'SYAITAN'? Jika 'SYAITAN' kerap berada di samping kita, ironinya, amatlah mudah untuk kita terjerumus ke lembah penzinaan.

 Firman Allah SWT, "Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan." - [SURAH AL-ISRA' : 32]


Mengenai persoalan antara urusan laki-laki dan perempuan, bukankah Allah sudah mensyaratkan supaya sentiasa menjaga batas-batas pergaulan??

Perlukah jika sesuatu pertemuan kita hanya ingin berkata,

"Dah makan?"

"Tengah buat pe?"

"Malam ni tido kul bpe?"

Hal-hal sedemikian bukanlah satu urusan. Malah, ia akan menambahkan lagi maksiat antara laki-laki dan wanita.

Sabda Rasulullah SAW, 

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:  "Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. - [Hadis riwayat al-lmam Muslim]


Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun.

Rasulullah SAW mengingatkan:

"Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli."
 [Riwayat Ahmad]



Oleh itu, marilah kita sama-sama membina akhlak yang mulia dalam mengejar cinta yang selayaknya perlu kita ada. Itulah cinta Allah s.w.t

~Wallahua'lam~

-idea penuh drpd seorang hamba Allah yang suka berpena-




1 comment:

  1. Firman Allah s.w.t yang bermaksud,

    "Itulah batas-batas(hukum) Allah. Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung.Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar batas-batas hukum-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka, dia kekal di dalamnya dan dia akan mendapat azab yang menghinakan."
    [SURAH AN-NISA : 13 & 14]

    ReplyDelete